MUAR WEDDING PHOTOGRAPHER,PAKEJ FOTOGRAFI PERKAHWINAN,TANGKAK,SEGAMAT,MELAKA,NEGERI SEMBILAN,LABIS,KUALA LUMPUR,JURUFOTO PERKAHWINAN,CUSTOM ALBUM

Blogku

view:  full / summary

Album Klasik ver 1.0

Posted on July 1, 2010 at 9:42 AM Comments comments (10)

Salam semua...

Lama betul aku tak update blog..

Mmgle teramat sibuk menyelesaikan album pengantin yang pastinya yang terbaekk..


Aku berjiwa klasik..

Meskipun tak rajin dengar Klasik Nasional..hehe:D

Maybe entry sebelum-sebelum ni lebih kepada moden, vivid colour..

So customer aku kali ni Aza&Anwar mendapat sentuhan istimewa..

Outdoor photoshoot yang diadakan di Jeti Hentian Mahkota Parit Simen, Batu Pahat menepati citarasa aku untuk menzahirkan aura klasik dalam penghasilan album..




Front cover ala-ala vintage old diary..




CLS shoot+smooth editing


 


Mungkin ada orang pro.. mungkin ada yang kontra..

Bagi aku fotografi ibarat lukisan, terpulang kepada penilainya..

Untuk entry lain, sila ke halaman outdoor shoot..

Anyway thanks untuk both pengantin kerana amat sporting...

Moga dikurniakan zuriat yang comel..






Bengkel Adobe Photoshop oleh KUKUBESI.COM

Posted on February 20, 2010 at 3:32 AM Comments comments (4)

Salam semua..

Anda-anda pernah dengar [email protected] KUKUBESI dalam dunia fotografi & grafik??

Kalau x perasan atau tak pernah dengar ni rujukan dia:


Malaysian Radical Conceptual Art Photography

www.kukubesi.com


Kukubesi Manipulasi

www.kukubesi.com/v1/akukukubesi.htm


salah seorang penggiat fotografik terulung di Malaysia telah bersetuju untuk mencurahkan ilmu kat daerah Ledang nih jadi aku x lepaskan peluang ni.. kira cam idola gak le




En. Kukubesi memulakan kelas dengan bacaan ayat penerang hati..


Sneak preview projek terbaru dengan KRU production (Hikayat Merong Mahawangsa)


Group photo at the end of the day


Realitinya, lagi dalam kita mendalami satu perkara tu lagi kita sedar akan kelemahan dan kekurangan kita.. Jadi rajin-rajin mencari ilmu agar tak timbul rasa riak dalam diri kita.. Ini antara hasil selepas kelas ni..




Aku Curi-Curi Bertunang..02012010

Posted on January 8, 2010 at 4:52 PM Comments comments (8)

THANKS TO ALL 2009 CUSTOMERS!!

Musim kahwin yang meriah & panjang 2009 tamat sudah..

Seronok dapat shoot macam-macam majlis.. tunang ade, kawen ade, cukur jambul dll

Setelah lebih kurang 3 tahun lebih asyik menghadap majlis orang lain aje, terdetik pulak hati nak buat majlis sendiri.. Alhamdullilah dlm sibuk2 tuh sempat gak selit majlis pertunangan sendiri..



AYU- inilah nama gadis bertuah (bertuah ke) pilihan hatiku..


Dalam 3 tahun jadi fulltime photographer ni..dah banyak majlis shoot, merata negeri jelajah, dah banyak rumah keluar-masuk, dah banyak anak gadis jumpa..Lastly yang dekat juga sangkut, orang Tangkak je..



 Ni le orang nye.. (bukan foto 3 tahun lepas ea)


Yang bestnya, kenal pun masa shoot wedding kakak dia (jobku yang ke-3) lebih kurang 3 tahun lepas.. Memang lens masa majlis tu asyik focus kat Ayu je.. huhu..ade respon gak  tapi habis je majlis kahwin tu kitaorang xde contact2 ke YM ke FBook ke.. Masa berlalu & masa bulan puasa tahun 2009 terserempak kat Pasar Ramadhan.. single lagi rupanye hehe:roll: (dengan pantas pegi beraya kat rumah dia)


Soalan yang lazim customer tanya " Ko ni shoot gambar majlis org je, nanti ko punya majlis sape shoot ??".. Rasa-rasa korang..



Disebabkan dah selalu sangat shoot majlis orang lain.. majlis sendiri pun main redah je shoot


Tula pasal.. nasib baek bakal keluarga mertua sporting.. diorang faham job bakal menantu dia nih.. Kalau kena yang | Apa pekerjaan kao Shukri?? Majistret??Lawyer??Doktor?? , "Saya kerja jurufoto..Nyonya.." | abiss..:D



Waa.. siap ade orang karang artikel  majlis tunangku nih,

source from : http://pandanct1970.blogspot.com/2010/01/shukri-ayu-ikatan-cinta-d-januari.html


Terima Kasih Cikgu CT.. Rasa nak nangis plak.. padahal tempah cupcakes je dngan dia.. tapi dapat layanan macam artis. Memang cantik & kemas bakery artwork dia, so kalau ade yang berhajat.. follow je link kat atas k.. Okla matahari dah keluar, wanna get some sleep..



Outdoor Shoot+CLS with Wanzs

Posted on January 6, 2010 at 12:23 PM Comments comments (11)

Salam semua..

Akhirnya plan nak buat blog sendiri siap jg akhirnya.. so first post ni pasal outdoor shoot Aida kat Tanjung Emas, Muar. Thanks Wanzs coz jadi director shoot petang tuh walaupun lokasi dibanjiri 8 pasangan pengantin huhu:tongue:.. xde hal nyer, the best shooter wins.. Nice CLS setup bro


Inila Wanzs (http://meebandungsirehjunjung.blogspot.com), mat bunga yang suka bersidai ditepi-tepi lorong pejalan kaki bermotifkan gersang & simpati


So sementara menantikan sunset di Tanjung Emas, kitaorang telah membuat warm-up shoot di Taman Rekriasi Tanjung Ketapang (klu salah sori ea) dan inilah hasilnya

member Aida kat hujung pokok memang saje x di alihkan jadi bukti dia dtg jemputan kahwin:roll:


di sebalik tabir.. mmg mencabar+gayat


shoot-shoot sunset  (selebihnya pada entry outdoor shoot)





Rss_feed